Monday, 27 June 2016

SinghRay Gold n Blue Polarizer



Fungsi utama penapis ini adalah menukarkan warna reflection kepada sama ada kepada warna emas atau biru (bergantung kepada tahap polarization).  Setahu saya hanya SinghRay sahaja yang mengeluarkan penapis ini.  Namun, saya berpandukan pada bacaan lanjut, Cokin juga ada menjual penapis ini dengan nama Yellow n Blue Filter.  Tetapi, saya tidak dapat membuat perbandingan kerana rujukan untuk Cokin dan SinghRay ini amat kurang di internet.

Saya membeli penapis ini terus kepada pengeluar.  Asalnya saya ingin beli dari ebay dengan harga RM9++ (Second hand) tapi saya bernasib baik kerana pada masa yang sama saya ingin beli, SinghRay menawarkan diskaun (harga pun lebih kurang RM9++ juga).

Mahal kan? tapi saya nak mencuba..apa salahnya. Rasanya berbaloi juga kerana tidak ramai di Malaysia yang menggunakan penapis jenis ini.  First outing dengan penapis ini adalah di Tasik Ilmu UTM. Hasilnya memang menakjubkan..tetapi awas kerana penggunaan filter secara extereme akan menyebabkan warna yang dihasilkan nampak tidak neutral.

Outing kedua saya bersama dengan penapis ini adalah di Teluk Cempedak.  Imej imej dibawah adalah menggunakan gabungan LEE GND dan SinghRay ini.  Ohh..terlupa nak beritahu bahawa filter ini tidak mempunyai filter thread di bahagian luar. Maka untuk stack filter holder dihadapan SinghRay ini memang tidak boleh.  Untuk LEE GND, saya terpaksa pegang filter LEE dengan tangan.





No comments:

Post a Comment