Sambil-sambil menunggu untuk berbuka puasa, terbit pula idea untuk mencoret sedikit berkenaan kerjaya saya sebagai pensyarah di UTM. Saya bergraduasi dalam sarajan muda kejuruteraan elektrik kuasa pada sekitar tahun 2000. Setelah bergraduasi saya bekerja sebagai pembantu penyelidik di FKE, UTM Skudai selama beberapa bulan. Saya memohon untuk jawatan tutor dan alhamdulillah berjaya.
Pada masa itu, tutor tidak dibenarkan untuk terus sambung belajar. Mereka dikehendaki berkhidmat selama setahun setengah sebelum diluluskan cuti belajar. Maka selama setahun setengah saya menjaga makmal. Saya apply untuk ke luar negara iaitu di UMIST dan Bradford University. Namun, gesaan dekan pada masa itu yang mewajibkan semua tutor untuk sambung belajar di dalam negara telah menutup peluang saya itu. Saya akur kerana pada masa itu program Sarjana di FKE baru hendak dilaksanakan, dan tutor dikehendaki menyokong dan meramaikan pelajar.
Selama setahun setengah, saya menghabiskan pengajian sarjana di FKE. Setelah beberapa bulan tamat, saya dipanggil temuduga untuk jawatan pensyarah DS45. Alhamdulillah saya diterima dan bermulalah kerjaya saya sebagai pensyarah. Hampir 2 tahun selepas itu, iaitu pada akhir 2015 saya memulakn pengajian Doktor Falsafah dalam kejuruteraan Elektrik dan tamat pada sekitar tahun 2009.
Nampak mudah bukan? tapi sebenarnya banyak liku-liku yang saya tidak ceritakan di sini.
No comments:
Post a Comment