Sambil-sambil menunggu untuk berbuka puasa, terbit pula idea untuk mencoret sedikit berkenaan kerjaya saya sebagai pensyarah di UTM. Saya bergraduasi dalam sarajan muda kejuruteraan elektrik kuasa pada sekitar tahun 2000. Setelah bergraduasi saya bekerja sebagai pembantu penyelidik di FKE, UTM Skudai selama beberapa bulan. Saya memohon untuk jawatan tutor dan alhamdulillah berjaya.
Pada masa itu, tutor tidak dibenarkan untuk terus sambung belajar. Mereka dikehendaki berkhidmat selama setahun setengah sebelum diluluskan cuti belajar. Maka selama setahun setengah saya menjaga makmal. Saya apply untuk ke luar negara iaitu di UMIST dan Bradford University. Namun, gesaan dekan pada masa itu yang mewajibkan semua tutor untuk sambung belajar di dalam negara telah menutup peluang saya itu. Saya akur kerana pada masa itu program Sarjana di FKE baru hendak dilaksanakan, dan tutor dikehendaki menyokong dan meramaikan pelajar.
Selama setahun setengah, saya menghabiskan pengajian sarjana di FKE. Setelah beberapa bulan tamat, saya dipanggil temuduga untuk jawatan pensyarah DS45. Alhamdulillah saya diterima dan bermulalah kerjaya saya sebagai pensyarah. Hampir 2 tahun selepas itu, iaitu pada akhir 2015 saya memulakn pengajian Doktor Falsafah dalam kejuruteraan Elektrik dan tamat pada sekitar tahun 2009.
Nampak mudah bukan? tapi sebenarnya banyak liku-liku yang saya tidak ceritakan di sini.
Wednesday, 29 June 2016
Tuesday, 28 June 2016
Masjid Bandaraya Likas
Masjid ini terletak di dalam kawasan Likas, Sabah. Jikalau memandu kereta akan mengambil masa dalam lebih kurang 15 -20 minit perjalanan (bergantung kepada trafik). Masjid ini boleh dikatakan salah satu masjid terapung di Malaysia. I dibina diatas tasik buatan. Saya ke sini dalam pukul 12.00 dan waktu zuhur di sana adalah sekitar 12.15 tegahri. Waktu ini tak berapa sesuai keranan matahari masih lagi terpacak atas kepala. Kontrast nanti agak kuat dengan bayang-bayang. Saya menunggu sekitar 2 petang dan alhamdulillah, waktu awana mulai banyak dan meredupkan sedikit keadaan yang agak panas ketika itu.
UTM ranking ke-70 Asia
Tahniah Universiti Teknologi Malaysia kerana buat kali pertama universiti Malaysia berada dalam kelompok 100 terbaik di Asia dalam ranking THES 2016. Universiti Teknologi Malaysia (UTM) berada dalam ranking ke 70 Asia dan merupakan universiti ke-3 terbaik di Asia Tenggara. Tahniah sekali lagi
Monday, 27 June 2016
SinghRay Gold n Blue Polarizer
Fungsi utama penapis ini adalah menukarkan warna reflection kepada sama ada kepada warna emas atau biru (bergantung kepada tahap polarization). Setahu saya hanya SinghRay sahaja yang mengeluarkan penapis ini. Namun, saya berpandukan pada bacaan lanjut, Cokin juga ada menjual penapis ini dengan nama Yellow n Blue Filter. Tetapi, saya tidak dapat membuat perbandingan kerana rujukan untuk Cokin dan SinghRay ini amat kurang di internet.
Saya membeli penapis ini terus kepada pengeluar. Asalnya saya ingin beli dari ebay dengan harga RM9++ (Second hand) tapi saya bernasib baik kerana pada masa yang sama saya ingin beli, SinghRay menawarkan diskaun (harga pun lebih kurang RM9++ juga).
Mahal kan? tapi saya nak mencuba..apa salahnya. Rasanya berbaloi juga kerana tidak ramai di Malaysia yang menggunakan penapis jenis ini. First outing dengan penapis ini adalah di Tasik Ilmu UTM. Hasilnya memang menakjubkan..tetapi awas kerana penggunaan filter secara extereme akan menyebabkan warna yang dihasilkan nampak tidak neutral.
Outing kedua saya bersama dengan penapis ini adalah di Teluk Cempedak. Imej imej dibawah adalah menggunakan gabungan LEE GND dan SinghRay ini. Ohh..terlupa nak beritahu bahawa filter ini tidak mempunyai filter thread di bahagian luar. Maka untuk stack filter holder dihadapan SinghRay ini memang tidak boleh. Untuk LEE GND, saya terpaksa pegang filter LEE dengan tangan.
Tanjung Langsat
Kali pertama saya menjejakkan kaki di kawasan ini adalah sekitar Disember 2015. Sebenarnya, saya telah lama mengetahui tentang landskap spot di kawasan ini namun, lokasi yang tepat tidak diketahui. Sehinggalah saya berkenalan dengan beberapa rakan landskap dari Johor Bahru. Merekalah yang membawa saya ke tempat ini.
Untuk ke sini, anda perlu google Masjid Kg Tanjung Langsat. Sampai di sana boleh lah bertanyakan penduduk sekitar kerana ada terdapat beberapa cabang jalan yang mengelirukan. Saya pun pernah tersalah lorong.
Jeti di atas ini dalah jeti batu di Tanjung Langsat. Bersebelehan jeti ini ada resotarn terapung yang menjual seafood.
Gambar di atas pula adalah gambar kenangan keluarga saya di salah sebuah jeti kayu di Tanjung Langsat. Gambar ini waktu hari Puasa di sebelah petang. Dah bungkus dah segala mcam kuih muih dan air dalam kereta..takut tak sempat sampai rumah untuk berbuka
Sunday, 26 June 2016
Bangunan Sultan Ibrahim
Bangunan Sultan Ibrahim ini terletak di Kota Iskandar Putri. Imej ini dirakam sekitar pukul 9.00 pagi. Sebanyak 30 keping di 'stack' untuk mendapat efek sebegini.
Subscribe to:
Posts (Atom)