Wednesday, 27 July 2016

Kuala Lumpur

Saya berkesempatan ke Kuala Lumpur minggu ini atas urusan kerja.  Dan dikesempatan ini juga saya berkunjung buat kali kedua ke Taman Tasik Empangan Putrajaya dan juga Flat Kampung Baru.  Saya mengambil beberapa gambar yang sama tetapi berlainan exposure.  Ini akan digunakan dalam teknik luminance mask yang saya sedang belajar. Agak menarik luminance mask ini tapi banyak lagi yang saya perlu pelajari.  Agak berat pemprosesannya dan saya rasa tidak sesuai guna laptop. Nantilah saya guna PC desktop untuk proses tersebut.  Gambar di bawaj ini hanya menggunakan single exposure sahaja dan diedit di dalam Adobe Ligthroom



Thursday, 21 July 2016

Nik Software

Nik software ini bagi saya amat bagus sekali..tetapi perlu diingat bahawa tak semua imej akan bertambah baik dengan menggunakan software ini (atau saya mmng tak tau setting Nik software ni hihihi). Ok saya sertakan imej sebelum dan selepas diproses.

Ikut kata Elia Locardi, adalah lebih mudah untuk recover detaiul dalam shadow berbanding dalam highlight..saya rasa ada betulnya (sebb sebelum ini saya diberitahu kalau ambil imej , kamera kena di ETTR sedikit).  ETTR to stand for Expose to The Right. Maknanya gambar yang dimabil tu biar terang sedikit tapi jangan sampai ada highlight.


Tuesday, 19 July 2016

Nik Software

Nik software ni adalah merupakan salah satu filter yang boleh di plug-in bersama Adobe Photoshop dan Lightroom.  Sebelum ini saya pernah download nda memakai Nik software ini secara trial.  Pada awalnya, saya tidak biasa dengan software ini dan pada saya tidak banyak membantu dari segi menaikkan seri sesuatu gambar itu.

Namun setelah melihat kembali cara Elia Locardi menggunakan Nik software ini secara ringkas, saya mula tertarik kembali untuk mencuba.  Secara kebetulan Nik software yang sebelum ini berbayar, sekarang boleh dimuat turun dan digunakan secara percuma.

Dalm imej ini saya hanya menggunakan setting Contrast Pro dan juga Warm setting. Nampak macam lebih menarik  selepas diproses menggunakan Nik Software

imej 1: imej selepas diproses dalam Lightroom

imej 2: imej setelah diproses menggunakan Nik software dalam photoshop

Sunday, 3 July 2016

Masjid Sultan Iskandar

Masjid Sultan Iskandar ini dibina di kawasan kejiranan Bandar Dato' Onn. Senibina masjid ini amat cantik dan saiz masjid ini boleh dikatakan besar juga. Dibina di atas kawasan yang tinggi sedikit, dari jauh lagi sudah kelihatan masjid ini.  Saya pernah ke sini sebelum masjid ini dibuka sekitar Disember 2015 sebanyak dua kali untuk merakam gambar.

Alhamdulillah, hari ini 3 Julai 2016 bersamaan dengan 28 Ramadan, saya berkesempatan berkunjung ke sini untuk merakam masjid ini semasa matahari terbit. Kedudukan matahari terbit ini betul betul di belakang masjid ini.

Pagi tadi, cuaca agak mendung dan awan tebal di bahagian horizon, memberi 'hint' bahawa matahari pagi tidak dapat menyinar cantik. Tapi bahagian atas adalah awan sesikat..so hopefully awan ini akan diifuse sedikit cahaya matahri ini agar kemerah-merahan. Alhamdulillah, pada jam pukul 7 lebih (saya dah nak bungkus barang dah) tiba -tiba ada jalur merah kesan cahaya yang difuse oleh awan tadi kelihatan. Alhamdulillah

Gambar di atas ini adalah pada awal pagi sekitar 6.45 pagi. Sedikit hampa kerana awan tebal

Alhamdulillah tiba tiba muncul pula jalur jalur merah jingga

Wednesday, 29 June 2016

Laluan Kerjaya Pensyarah

Sambil-sambil menunggu untuk berbuka puasa, terbit pula idea untuk mencoret sedikit berkenaan kerjaya saya sebagai pensyarah di UTM.  Saya bergraduasi dalam sarajan muda kejuruteraan elektrik kuasa pada sekitar tahun 2000. Setelah bergraduasi saya bekerja sebagai pembantu penyelidik di FKE, UTM Skudai selama beberapa bulan.  Saya memohon untuk jawatan tutor dan alhamdulillah berjaya.

Pada masa itu, tutor tidak dibenarkan untuk terus sambung belajar.  Mereka dikehendaki berkhidmat selama setahun setengah sebelum diluluskan cuti belajar.  Maka selama setahun setengah saya menjaga makmal.  Saya apply untuk ke luar negara iaitu di UMIST dan Bradford University.  Namun, gesaan dekan pada masa itu yang mewajibkan semua tutor untuk sambung belajar di dalam negara telah menutup peluang saya itu. Saya akur kerana pada masa itu program Sarjana di FKE baru hendak dilaksanakan, dan tutor dikehendaki menyokong dan meramaikan pelajar.

Selama setahun setengah, saya menghabiskan pengajian sarjana di FKE.  Setelah beberapa bulan tamat, saya dipanggil temuduga untuk jawatan pensyarah DS45. Alhamdulillah saya diterima dan bermulalah kerjaya saya sebagai pensyarah. Hampir 2 tahun selepas itu, iaitu pada akhir 2015 saya memulakn pengajian Doktor Falsafah dalam kejuruteraan Elektrik dan tamat pada sekitar tahun 2009.

Nampak mudah bukan? tapi sebenarnya banyak liku-liku yang saya tidak ceritakan di sini.


Tuesday, 28 June 2016

Masjid Bandaraya Likas

Masjid ini terletak di dalam kawasan Likas, Sabah. Jikalau memandu kereta akan mengambil masa dalam lebih kurang 15 -20 minit perjalanan (bergantung kepada trafik).  Masjid ini boleh dikatakan salah satu masjid terapung di Malaysia. I dibina diatas tasik buatan.  Saya ke sini dalam pukul 12.00 dan waktu zuhur di sana adalah sekitar 12.15 tegahri.  Waktu ini tak berapa sesuai keranan matahari masih lagi terpacak atas kepala. Kontrast nanti agak kuat dengan bayang-bayang. Saya menunggu sekitar 2 petang dan alhamdulillah, waktu awana mulai banyak dan meredupkan sedikit keadaan yang agak panas ketika itu.


UTM ranking ke-70 Asia

Tahniah Universiti Teknologi Malaysia kerana buat kali pertama universiti Malaysia berada dalam kelompok 100 terbaik di Asia dalam ranking THES 2016.  Universiti Teknologi Malaysia (UTM) berada dalam ranking ke 70 Asia dan merupakan universiti ke-3 terbaik di Asia Tenggara. Tahniah sekali lagi


Monday, 27 June 2016

SinghRay Gold n Blue Polarizer



Fungsi utama penapis ini adalah menukarkan warna reflection kepada sama ada kepada warna emas atau biru (bergantung kepada tahap polarization).  Setahu saya hanya SinghRay sahaja yang mengeluarkan penapis ini.  Namun, saya berpandukan pada bacaan lanjut, Cokin juga ada menjual penapis ini dengan nama Yellow n Blue Filter.  Tetapi, saya tidak dapat membuat perbandingan kerana rujukan untuk Cokin dan SinghRay ini amat kurang di internet.

Saya membeli penapis ini terus kepada pengeluar.  Asalnya saya ingin beli dari ebay dengan harga RM9++ (Second hand) tapi saya bernasib baik kerana pada masa yang sama saya ingin beli, SinghRay menawarkan diskaun (harga pun lebih kurang RM9++ juga).

Mahal kan? tapi saya nak mencuba..apa salahnya. Rasanya berbaloi juga kerana tidak ramai di Malaysia yang menggunakan penapis jenis ini.  First outing dengan penapis ini adalah di Tasik Ilmu UTM. Hasilnya memang menakjubkan..tetapi awas kerana penggunaan filter secara extereme akan menyebabkan warna yang dihasilkan nampak tidak neutral.

Outing kedua saya bersama dengan penapis ini adalah di Teluk Cempedak.  Imej imej dibawah adalah menggunakan gabungan LEE GND dan SinghRay ini.  Ohh..terlupa nak beritahu bahawa filter ini tidak mempunyai filter thread di bahagian luar. Maka untuk stack filter holder dihadapan SinghRay ini memang tidak boleh.  Untuk LEE GND, saya terpaksa pegang filter LEE dengan tangan.





Tanjung Langsat



Kali pertama saya menjejakkan kaki di kawasan ini adalah sekitar Disember 2015.  Sebenarnya, saya telah lama mengetahui tentang landskap spot di kawasan ini namun, lokasi yang tepat tidak diketahui.  Sehinggalah saya berkenalan dengan beberapa rakan landskap dari Johor Bahru. Merekalah yang membawa saya ke tempat ini.

Untuk ke sini, anda perlu google Masjid Kg Tanjung Langsat. Sampai di sana boleh lah bertanyakan penduduk sekitar kerana ada terdapat beberapa cabang jalan yang mengelirukan. Saya pun pernah tersalah lorong.


Jeti di atas ini dalah jeti batu di Tanjung Langsat. Bersebelehan jeti ini ada resotarn terapung yang menjual seafood.


Gambar di atas pula adalah gambar kenangan keluarga saya di salah sebuah jeti kayu di Tanjung Langsat. Gambar ini waktu hari Puasa di sebelah petang. Dah bungkus dah segala mcam kuih muih dan air dalam kereta..takut tak sempat sampai rumah untuk berbuka

Sunday, 26 June 2016

Bangunan Sultan Ibrahim

Bangunan Sultan Ibrahim ini terletak di Kota Iskandar Putri.  Imej ini dirakam sekitar pukul 9.00 pagi.  Sebanyak 30 keping di 'stack' untuk mendapat efek sebegini.