The Click
Wednesday, 27 July 2016
Kuala Lumpur
Saya berkesempatan ke Kuala Lumpur minggu ini atas urusan kerja. Dan dikesempatan ini juga saya berkunjung buat kali kedua ke Taman Tasik Empangan Putrajaya dan juga Flat Kampung Baru. Saya mengambil beberapa gambar yang sama tetapi berlainan exposure. Ini akan digunakan dalam teknik luminance mask yang saya sedang belajar. Agak menarik luminance mask ini tapi banyak lagi yang saya perlu pelajari. Agak berat pemprosesannya dan saya rasa tidak sesuai guna laptop. Nantilah saya guna PC desktop untuk proses tersebut. Gambar di bawaj ini hanya menggunakan single exposure sahaja dan diedit di dalam Adobe Ligthroom
Thursday, 21 July 2016
Nik Software
Nik software ini bagi saya amat bagus sekali..tetapi perlu diingat bahawa tak semua imej akan bertambah baik dengan menggunakan software ini (atau saya mmng tak tau setting Nik software ni hihihi). Ok saya sertakan imej sebelum dan selepas diproses.
Ikut kata Elia Locardi, adalah lebih mudah untuk recover detaiul dalam shadow berbanding dalam highlight..saya rasa ada betulnya (sebb sebelum ini saya diberitahu kalau ambil imej , kamera kena di ETTR sedikit). ETTR to stand for Expose to The Right. Maknanya gambar yang dimabil tu biar terang sedikit tapi jangan sampai ada highlight.

Tuesday, 19 July 2016
Nik Software
Nik software ni adalah merupakan salah satu filter yang boleh di plug-in bersama Adobe Photoshop dan Lightroom. Sebelum ini saya pernah download nda memakai Nik software ini secara trial. Pada awalnya, saya tidak biasa dengan software ini dan pada saya tidak banyak membantu dari segi menaikkan seri sesuatu gambar itu.
Namun setelah melihat kembali cara Elia Locardi menggunakan Nik software ini secara ringkas, saya mula tertarik kembali untuk mencuba. Secara kebetulan Nik software yang sebelum ini berbayar, sekarang boleh dimuat turun dan digunakan secara percuma.
Dalm imej ini saya hanya menggunakan setting Contrast Pro dan juga Warm setting. Nampak macam lebih menarik selepas diproses menggunakan Nik Software

imej 1: imej selepas diproses dalam Lightroom |
imej 2: imej setelah diproses menggunakan Nik software dalam photoshop |
Sunday, 3 July 2016
Masjid Sultan Iskandar
Masjid Sultan Iskandar ini dibina di kawasan kejiranan Bandar Dato' Onn. Senibina masjid ini amat cantik dan saiz masjid ini boleh dikatakan besar juga. Dibina di atas kawasan yang tinggi sedikit, dari jauh lagi sudah kelihatan masjid ini. Saya pernah ke sini sebelum masjid ini dibuka sekitar Disember 2015 sebanyak dua kali untuk merakam gambar.
Alhamdulillah, hari ini 3 Julai 2016 bersamaan dengan 28 Ramadan, saya berkesempatan berkunjung ke sini untuk merakam masjid ini semasa matahari terbit. Kedudukan matahari terbit ini betul betul di belakang masjid ini.
Pagi tadi, cuaca agak mendung dan awan tebal di bahagian horizon, memberi 'hint' bahawa matahari pagi tidak dapat menyinar cantik. Tapi bahagian atas adalah awan sesikat..so hopefully awan ini akan diifuse sedikit cahaya matahri ini agar kemerah-merahan. Alhamdulillah, pada jam pukul 7 lebih (saya dah nak bungkus barang dah) tiba -tiba ada jalur merah kesan cahaya yang difuse oleh awan tadi kelihatan. Alhamdulillah

Gambar di atas ini adalah pada awal pagi sekitar 6.45 pagi. Sedikit hampa kerana awan tebal |
Alhamdulillah tiba tiba muncul pula jalur jalur merah jingga |
Wednesday, 29 June 2016
Laluan Kerjaya Pensyarah
Sambil-sambil menunggu untuk berbuka puasa, terbit pula idea untuk mencoret sedikit berkenaan kerjaya saya sebagai pensyarah di UTM. Saya bergraduasi dalam sarajan muda kejuruteraan elektrik kuasa pada sekitar tahun 2000. Setelah bergraduasi saya bekerja sebagai pembantu penyelidik di FKE, UTM Skudai selama beberapa bulan. Saya memohon untuk jawatan tutor dan alhamdulillah berjaya.
Pada masa itu, tutor tidak dibenarkan untuk terus sambung belajar. Mereka dikehendaki berkhidmat selama setahun setengah sebelum diluluskan cuti belajar. Maka selama setahun setengah saya menjaga makmal. Saya apply untuk ke luar negara iaitu di UMIST dan Bradford University. Namun, gesaan dekan pada masa itu yang mewajibkan semua tutor untuk sambung belajar di dalam negara telah menutup peluang saya itu. Saya akur kerana pada masa itu program Sarjana di FKE baru hendak dilaksanakan, dan tutor dikehendaki menyokong dan meramaikan pelajar.
Selama setahun setengah, saya menghabiskan pengajian sarjana di FKE. Setelah beberapa bulan tamat, saya dipanggil temuduga untuk jawatan pensyarah DS45. Alhamdulillah saya diterima dan bermulalah kerjaya saya sebagai pensyarah. Hampir 2 tahun selepas itu, iaitu pada akhir 2015 saya memulakn pengajian Doktor Falsafah dalam kejuruteraan Elektrik dan tamat pada sekitar tahun 2009.
Nampak mudah bukan? tapi sebenarnya banyak liku-liku yang saya tidak ceritakan di sini.

Tuesday, 28 June 2016
Masjid Bandaraya Likas
Masjid ini terletak di dalam kawasan Likas, Sabah. Jikalau memandu kereta akan mengambil masa dalam lebih kurang 15 -20 minit perjalanan (bergantung kepada trafik). Masjid ini boleh dikatakan salah satu masjid terapung di Malaysia. I dibina diatas tasik buatan. Saya ke sini dalam pukul 12.00 dan waktu zuhur di sana adalah sekitar 12.15 tegahri. Waktu ini tak berapa sesuai keranan matahari masih lagi terpacak atas kepala. Kontrast nanti agak kuat dengan bayang-bayang. Saya menunggu sekitar 2 petang dan alhamdulillah, waktu awana mulai banyak dan meredupkan sedikit keadaan yang agak panas ketika itu.
Subscribe to:
Posts (Atom)